Archive for the ‘Famili’ Category

Balik Kampung

Posted in: Famili, Jalan², Kampung
17 Feb 2010

Sabtu kami sekeluarga balik ke Kampung Tok Wan di Sidam Kiri Kedah.

Di kampung semua sepupu Naqia sebelah ibu ada. Ini juga adalah peluang terakhir untuk bermesra dengan anak-anak Pak Ngah (Amar, Aisyah & Adni) untuk tempoh 3 tahun akan datang.

Hujung bulan Mac ni sepupu² Naqia ni akan ikut Pak Ngah ke United Kingdom untuk sambung PhD di University of Nottingham..

Hari Ahad kami berkelah di Hutan Lipur Sungai Sedim.

Mula² Naqia tak nak mandi kat sungai tu.. tapi abah bawa juga.. lama-lama Naqia ok tapi abah pegang laa.. Abang Naqib yang tak nak mandi sampai ke sudah..

Malam semalam Abah balik ke Sepang naik kapal terbang.. Naqia hantar sampai Penang Airport.. tapi tak sempat salam abah sebab Naqia dah tertidur sebelum sampai Jambatan Pulau Pinang lagi..

Hari ni Naqia demam pulak.. ganti abang Naqib…

Hari Raya 1430/2009

Posted in: Famili, Foto, adik, raya
20 Sep 2009

syawal_1430_naqib_naqia

Hari ni 1 Syawal 1430, Naqia & Famili beraya di rumah Tok Wan di Sidam Kiri, Padang Serai Kedah.

Ini gambar Naqia & Abang Naqib bergaya dengan baju raya…

Naqia balik kampung untuk sebulan

Posted in: Famili, Kampung, adik
26 Aug 2009

Naqia hari Ahad lepas balik kampung Tok Wan di Kedah. InsyaAllah di Kampung sampai raya sebab ibu berpantang lepas lahirkan adik Aqlan..

Adik Aqlan kena kuning sekarang ni.. moga adik Aqlan cepat sembuh.. Naqia sayang kat baby Aqlan, bangun tidur mesti Naqia tanya/cari baby.. walau bangun 4-5 pagi untuk mintak susu..

Nama Adik

Posted in: Famili, Ucapan
21 Aug 2009

Pagi ni Naqia bangun awal. Dalam 7.30. Ikut abah hantar abang Naqib ke Tadika.

Lepas cari sarapan di Taman Seroja, Balik rumah.

Dah mandi Naqia ikut abah keluar semula ke Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Sepang di Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi. Abah nak daftarkan nama adik di JPN. Abah namakan adik AHMAD AQLAN SYAMIL bin AHMAD KAMIL.

Selamat Berpuasa semua.. :-)

Naqia Hilang & Naik Pangkat

Posted in: Famili, Kelahiran
17 Aug 2009

Pangkat adik Naqia dah hilang kena rampas… Tapi Naqia dah naik Pangkat jadi Kakak..

Hari ni Jam 17:17 17 Ogos 2009 Naqia sah jadi Kakak… Naqia dapat adik Lelaki.. 3.51 kg dilahirkan secara operation di Hospital Putrajaya..

Moga Ibu & Adik cepat keluar dari Hospital…

Tahniah Juga Pak Ngah & Mak Ngah

Posted in: Famili
29 Jul 2009

Jumaat lepas (Seminggu selepas Pak Lang & Mak Lang dapat anak sulung), Pak Ngah & Mak Ngah pula dapat baby girl. Anak ke-3..

Tahniah..

Next month insyaAllah Naqia pula akan dapat adik.. :-)

Adni bt Mohd Fakhizan

adni_01 adni_02

Selamat Hari IBU

Posted in: Famili, Ucapan, ibu
10 May 2009

Kepada IBU, Naqia & Abang Naqib ucapkan, SELAMAT HARI IBU

hariibu

Happy Birthday Ibu

Posted in: Famili, Ucapan, Ulangtahun
22 Jan 2009

Lewat nak ucapkan.. tak sempat nak tengok PC

Kelmarin 20 Januari 2009 Birthday Ibu ke-31. Happy Birthday diucapkan..

Juga kepada Makcik Uyun yang menyambut pada hari yang sama..

Akhir Cuti Sekolah – Baru Dapat Berjalan²

30 Dec 2008

Ibu cuti sekolah dah lama..

Start cuti sekolah dulu ikut abah pergi Melaka. Lepas tu banyak habiskan masa kat rumah je sebab tak pergi boleh pergi ke mana-mana kecuali balik kampung Aidil Adha lepas. Lagi pun dapur rumah abah tengah renovate. 23 Disember lepas baru siap sepenuhnya. So aktiviti Naqia kat rumah main & gaduh dengan Abang Naqib & sama² menyepah rumah abah.. :-)

rayahaji_01

Abah cuti dari 19 – 29 Disember 2008. Bila dapur dah siap baru boleh nak kemana-mana.

23 Disember 2008 Pak Hanif & Makcik Izzah balik haji. Embah Lanang & Embah Wedhok tidur rumah Naqia malam tu.

Esoknya lepas bawa embah pergi rumah Pak Hanif, terus bawa embah balik kampung.

Sampai Sabak Bernam, embah Lanang suruh berenti, nak beli sate. Sampai 50 cucuk embah beli. Katanya Muadz nak balik. Tapi apakan daya, hajat naqia nak jumpa Muadz lepas kelahirannya pun tak kesampaian. Muadz kena chickenpox. Berjangkit dari Umar. Naqia dalam kegelapan malam dalam kereta dah memproses sate embah :-)

Esoknya Abah, Ibu, Abang Naqib dan Naqia pergi ke Bandar Universiti Tronoh, Seri Iskandar Perak. Pergi rumah sepupu Amar & Aisyah. Sebelum balik singgah di tasik Universiti Petronas (UTP) bagi makan Ikan dan singgah rumah kawan Abah di Bandar Seri Iskandar.

utp_01

Sabtu, balik semula ke Sepang. hari Ahad ibu dan Abah habiskan kerja-kerja mengemas rumah lepas renovate dapur. (Naqia dan abang Naqib tolong menyepah pulak heheh)

utp_02

Semalam, Isnin cuti Awal muharam, abah bawak jalan-jalan ke KLCC. Pergi ke Aquaria. Tengak macam-macam ikan ada, kecil besar, katak, tarantula, ular, iguana  pun ada dan macam² lagi..

aqua_01

Lepas tu solat di Masjid As-Syakirin KLCC Naqia & abang main-main di Taman KLCC sampai 6.15 petang.

naqia_klcc01

naqia_klcc02

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430 dan MASIHI 2009.

Naqia dapat sepupu baru

Posted in: Famili
08 Aug 2008

Hari ni 08.08.08 Naqia dapat sepupu baru. Adik Umar dapat adik lelaki hari ni. Sekarang Naqia dah ada 35 sepupu belah abah dan 2 sepupu belah ibu.

Tahniah Pak Dik & Cik Ikim.


Update:telah diberi nama Muhammad Muadz As Sabiq Bin Sidik Al Amini