Archive for September, 2008

Salam Aidilfitri 1429

Posted in: Ucapan
24 Sep 2008

Naqia sekeluarga mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung www.naqia.net. Semoga lebaran disambut dengan penuh ceria..

Dah dua minggu Naqia tak duduk dengan abang Naqib

Posted in: Foto, Jalan², Pengasuh, Taska
05 Sep 2008

Dah 2 minggu Naqia tak duduk sekali dengan abang Naqib bila Abah & Ibu pergi kerja.

Sebelum cuti sekolah, naqia tinggal dengan pengasuh Makcik Ida. Tapi lepas cuti sekolah Naqia tak nak tinggal dengan Makcik Ida. naqia nak duduk Taska.  Abang Naqib pulak tak nak duduk Taska, tapi nak duduk dengan makcik Ida.

Sekarang ni Ibu & abah tengah cuba nak biasakan Naqia dengan makcik Ida.

Perkembangan terkini Naqia, sekarang ni Naqia dah ada 6 gigi. 4 atas & 2 bawah. Naqia dah laju berlari. Boleh nyanyi twinkle star (nada je la). Boleh panggil abah, abang, ibu (tapi panggil maakk) dan paling kerap Naqia cakap nak… nak..

Ini gambar Naqia dengan Ibu masa pergi kenduri rumah kawan abah di Presint 9, Putrajaya 9 Ogos lepas. Tengok bahu baju Naqia. Kotor kena darah. Sebab jatuh dalam kereta masa nak ambik Ibu kat sekolah. Naqia panjat² dahi kiri luka kena besi kaki kerusi kereta.