Archive for February, 2010

Balik Kampung

Posted in: Famili, Jalan², Kampung
17 Feb 2010

Sabtu kami sekeluarga balik ke Kampung Tok Wan di Sidam Kiri Kedah.

Di kampung semua sepupu Naqia sebelah ibu ada. Ini juga adalah peluang terakhir untuk bermesra dengan anak-anak Pak Ngah (Amar, Aisyah & Adni) untuk tempoh 3 tahun akan datang.

Hujung bulan Mac ni sepupu² Naqia ni akan ikut Pak Ngah ke United Kingdom untuk sambung PhD di University of Nottingham..

Hari Ahad kami berkelah di Hutan Lipur Sungai Sedim.

Mula² Naqia tak nak mandi kat sungai tu.. tapi abah bawa juga.. lama-lama Naqia ok tapi abah pegang laa.. Abang Naqib yang tak nak mandi sampai ke sudah..

Malam semalam Abah balik ke Sepang naik kapal terbang.. Naqia hantar sampai Penang Airport.. tapi tak sempat salam abah sebab Naqia dah tertidur sebelum sampai Jambatan Pulau Pinang lagi..

Hari ni Naqia demam pulak.. ganti abang Naqib…