Archive for the ‘Famili’ Category

Adik Afiq Adik Baru Naqia

Posted in: adik, Famili, Kampung, Kelahiran
17 Nov 2013

image

Alhamdulillah, 11 hari lepas 6 November 2013 Naqia dapat adik lagi. Adik lahir hari tu.

 

Tapi semalam selepas 10 hari baru Naqia dapat jumpa adik. Sehari sebelum adik lahir, Naqia & adik Aqlan ikut Pak NJang, Makcik & Tok balik ke Kedah. Semalam baru adik balik ke Kedah dengan abah, ibu & abang Naqib.

 

Nama adik Ahmad Afiq Akmal bin Ahmad Kamil.

Balik Kampung

Posted in: Famili, Jalan², Kampung
17 Feb 2010

Sabtu kami sekeluarga balik ke Kampung Tok Wan di Sidam Kiri Kedah.

Di kampung semua sepupu Naqia sebelah ibu ada. Ini juga adalah peluang terakhir untuk bermesra dengan anak-anak Pak Ngah (Amar, Aisyah & Adni) untuk tempoh 3 tahun akan datang.

Hujung bulan Mac ni sepupu² Naqia ni akan ikut Pak Ngah ke United Kingdom untuk sambung PhD di University of Nottingham..

Hari Ahad kami berkelah di Hutan Lipur Sungai Sedim.

Mula² Naqia tak nak mandi kat sungai tu.. tapi abah bawa juga.. lama-lama Naqia ok tapi abah pegang laa.. Abang Naqib yang tak nak mandi sampai ke sudah..

Malam semalam Abah balik ke Sepang naik kapal terbang.. Naqia hantar sampai Penang Airport.. tapi tak sempat salam abah sebab Naqia dah tertidur sebelum sampai Jambatan Pulau Pinang lagi..

Hari ni Naqia demam pulak.. ganti abang Naqib…

Hari Raya 1430/2009

Posted in: adik, Famili, Foto, raya
20 Sep 2009

syawal_1430_naqib_naqia

Hari ni 1 Syawal 1430, Naqia & Famili beraya di rumah Tok Wan di Sidam Kiri, Padang Serai Kedah.

Ini gambar Naqia & Abang Naqib bergaya dengan baju raya…

Naqia balik kampung untuk sebulan

Posted in: adik, Famili, Kampung
26 Aug 2009

Naqia hari Ahad lepas balik kampung Tok Wan di Kedah. InsyaAllah di Kampung sampai raya sebab ibu berpantang lepas lahirkan adik Aqlan..

Adik Aqlan kena kuning sekarang ni.. moga adik Aqlan cepat sembuh.. Naqia sayang kat baby Aqlan, bangun tidur mesti Naqia tanya/cari baby.. walau bangun 4-5 pagi untuk mintak susu..

Nama Adik

Posted in: Famili, Ucapan
21 Aug 2009

Pagi ni Naqia bangun awal. Dalam 7.30. Ikut abah hantar abang Naqib ke Tadika.

Lepas cari sarapan di Taman Seroja, Balik rumah.

Dah mandi Naqia ikut abah keluar semula ke Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Sepang di Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi. Abah nak daftarkan nama adik di JPN. Abah namakan adik AHMAD AQLAN SYAMIL bin AHMAD KAMIL.

Selamat Berpuasa semua.. 🙂

Naqia Hilang & Naik Pangkat

Posted in: Famili, Kelahiran
17 Aug 2009

Pangkat adik Naqia dah hilang kena rampas… Tapi Naqia dah naik Pangkat jadi Kakak..

Hari ni Jam 17:17 17 Ogos 2009 Naqia sah jadi Kakak… Naqia dapat adik Lelaki.. 3.51 kg dilahirkan secara operation di Hospital Putrajaya..

Moga Ibu & Adik cepat keluar dari Hospital…

Tahniah Juga Pak Ngah & Mak Ngah

Posted in: Famili
29 Jul 2009

Jumaat lepas (Seminggu selepas Pak Lang & Mak Lang dapat anak sulung), Pak Ngah & Mak Ngah pula dapat baby girl. Anak ke-3..

Tahniah..

Next month insyaAllah Naqia pula akan dapat adik.. 🙂

Adni bt Mohd Fakhizan

adni_01 adni_02

Naqia dapat adik sepupu baru

Posted in: Famili
19 Jul 2009

Tahniah Pak Lang & Mak Lang kerana dikurniakan cahaya mata sulung Khamis lepas.

Nur Irdina Qaisara Binti Mohd Zahirin

kaisara_01

kaisara_02

Selamat Hari IBU

Posted in: Famili, ibu, Ucapan
10 May 2009

Kepada IBU, Naqia & Abang Naqib ucapkan, SELAMAT HARI IBU

hariibu

Happy Birthday Ibu

Posted in: Famili, Ucapan, Ulangtahun
22 Jan 2009

Lewat nak ucapkan.. tak sempat nak tengok PC

Kelmarin 20 Januari 2009 Birthday Ibu ke-31. Happy Birthday diucapkan..

Juga kepada Makcik Uyun yang menyambut pada hari yang sama..