Category Archives: Famili

Adik Afiq Adik Baru Naqia

image

Alhamdulillah, 11 hari lepas 6 November 2013 Naqia dapat adik lagi. Adik lahir hari tu.

 

Tapi semalam selepas 10 hari baru Naqia dapat jumpa adik. Sehari sebelum adik lahir, Naqia & adik Aqlan ikut Pak NJang, Makcik & Tok balik ke Kedah. Semalam baru adik balik ke Kedah dengan abah, ibu & abang Naqib.

 

Nama adik Ahmad Afiq Akmal bin Ahmad Kamil.

Balik Kampung

Sabtu kami sekeluarga balik ke Kampung Tok Wan di Sidam Kiri Kedah.

Di kampung semua sepupu Naqia sebelah ibu ada. Ini juga adalah peluang terakhir untuk bermesra dengan anak-anak Pak Ngah (Amar, Aisyah & Adni) untuk tempoh 3 tahun akan datang.

Hujung bulan Mac ni sepupu² Naqia ni akan ikut Pak Ngah ke United Kingdom untuk sambung PhD di University of Nottingham..

Hari Ahad kami berkelah di Hutan Lipur Sungai Sedim.

Mula² Naqia tak nak mandi kat sungai tu.. tapi abah bawa juga.. lama-lama Naqia ok tapi abah pegang laa.. Abang Naqib yang tak nak mandi sampai ke sudah..

Malam semalam Abah balik ke Sepang naik kapal terbang.. Naqia hantar sampai Penang Airport.. tapi tak sempat salam abah sebab Naqia dah tertidur sebelum sampai Jambatan Pulau Pinang lagi..

Hari ni Naqia demam pulak.. ganti abang Naqib…

Nama Adik

Pagi ni Naqia bangun awal. Dalam 7.30. Ikut abah hantar abang Naqib ke Tadika.

Lepas cari sarapan di Taman Seroja, Balik rumah.

Dah mandi Naqia ikut abah keluar semula ke Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Sepang di Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi. Abah nak daftarkan nama adik di JPN. Abah namakan adik AHMAD AQLAN SYAMIL bin AHMAD KAMIL.

Selamat Berpuasa semua.. 🙂