Category Archives: Ulangtahun

Naqia dah 3 tahun…

Selasa lepas 11 Mei 2010 umur Naqia dah cecah 3 tahun.

Hari tu abah tak ada rumah, sebab abah ke Shenzhen China dari Isnin sampai Khamis…

Tapi sehari sebelum abah pergi, abah ngan ibu ada belikan hadiah basikal untuk Naqia..tapi Naqia yang pilih…. boleh lah Naqia naik basikal dengan abang petang-petang.

Hari ni Sabtu, Ibu pergi sekolah.. balik sekolah ibu bawa kek birthday untuk Naqia… Terima kasih ibu..

Genap Setahun Umur Naqia

Hari ni umur Naqia genap setahun..

Sekarang Naqia dah pandai berdiri sendiri dalam 10 saat. Menapak selangkah dua boleh lah..

Hari ni tak dapat pulak ambil gambar Naqia umur setahun.. CF Card camera cari tak jumpa..

Di Putrajaya Wetlands

Selepas Seminggu baru jumpa CF Card.. jumpa dalam Printer.. Ada lagi balance kek…