Archive for August, 2009

Naqia balik kampung untuk sebulan

Posted in: adik, Famili, Kampung
26 Aug 2009

Naqia hari Ahad lepas balik kampung Tok Wan di Kedah. InsyaAllah di Kampung sampai raya sebab ibu berpantang lepas lahirkan adik Aqlan..

Adik Aqlan kena kuning sekarang ni.. moga adik Aqlan cepat sembuh.. Naqia sayang kat baby Aqlan, bangun tidur mesti Naqia tanya/cari baby.. walau bangun 4-5 pagi untuk mintak susu..

Nama Adik

Posted in: Famili, Ucapan
21 Aug 2009

Pagi ni Naqia bangun awal. Dalam 7.30. Ikut abah hantar abang Naqib ke Tadika.

Lepas cari sarapan di Taman Seroja, Balik rumah.

Dah mandi Naqia ikut abah keluar semula ke Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Sepang di Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi. Abah nak daftarkan nama adik di JPN. Abah namakan adik AHMAD AQLAN SYAMIL bin AHMAD KAMIL.

Selamat Berpuasa semua.. 🙂

Naqia Hilang & Naik Pangkat

Posted in: Famili, Kelahiran
17 Aug 2009

Pangkat adik Naqia dah hilang kena rampas… Tapi Naqia dah naik Pangkat jadi Kakak..

Hari ni Jam 17:17 17 Ogos 2009 Naqia sah jadi Kakak… Naqia dapat adik Lelaki.. 3.51 kg dilahirkan secara operation di Hospital Putrajaya..

Moga Ibu & Adik cepat keluar dari Hospital…