Naqia Mula Kelas Penuh di Tadika Permata Ixora

Bermula Selasa lepas Naqia mula ikuti sesi penuh di Tadika Permata Ixora. Kalau sebelum ni, Naqia cuma datang sejam pertama je untuk kelas Iqra’. Sekarang dah ambil kelas penuh termasuk akademik.

Naqia, Abang Naqib & Adik Aqlan pun sekarang dah tak tinggal di rumah Cik Da waktu siang.. Bukan tak nak duduk di rumah Cik Da, tapi Cik Da sekarang tengah bawa orang baru.. bakal terima baby baru tak lama lagi :-)… tahniah Cik Da…

Pergi tadika abah hantar, dan balik tadika Cikgu hantar balik rumah….

Sementara ni, Makcik yang baru habis praktikal jaga kami waktu siang kat rumah… abang Naqib pun balik sekejap je tengahari…. Lepas ni mungkin kami transit di taska yang tak jauh dari tadika/rumah…

Tags: , , ,

Leave a Reply