Tahun 2014, Naqia masuk darjah satu..
Bermula dengan majlis orientasi pada 28 Disember 2013 lepas. Pagi abah bawa Naqia ke SK KLIA. Sepupu Naqia, Umar anak Pak Dik juga masuk darjah satu di SK KLIA. Pakdik baru pindah ke Taman Ixora, satu taman dengan Naqia.
Masa orientasi Naqia masuk kelas 1 Boeing, Umar pula Masuk 1 Eagle.
Hari pertama sekolah 2 Januari 2014. Naqia pergi sekolah naik van Pakcik Jamil dengan abang Naqib dan Umar bersama-sama kawan-kawan lain.
Naqia sekelas dengan kawan baik Naqia masa di Tadika Permata Ixora, Dina. Dina ni rumah dia betul-betul sebelah rumah Pak Dik.
Petang, Naqia & Umar ke KAFA Integrasi Ar-Raihan. Juga kat SK KLIA ni. Abang Naqib pun pindah KAFA ni. Tahun sebelum ni abang Naqib di KAFA Integrasi An-Nur di SK BBST.
Naqia masuk kelas 1 Umar, Umar pulak masuk kelas 1 Uthman. Abang masuk 4 Uthman. Naqia sekelas juga dengan Dina di KAFA ni.
Seronoknya tengok budak-budak pergi sekolah
fuuyo…
tapi skarang naqia ngan umar darjah 2
naqia bucuk .hihihi…