Selasa lepas 11 Mei 2010 umur Naqia dah cecah 3 tahun.
Hari tu abah tak ada rumah, sebab abah ke Shenzhen China dari Isnin sampai Khamis…
Tapi sehari sebelum abah pergi, abah ngan ibu ada belikan hadiah basikal untuk Naqia..tapi Naqia yang pilih…. boleh lah Naqia naik basikal dengan abang petang-petang.

Hari ni Sabtu, Ibu pergi sekolah.. balik sekolah ibu bawa kek birthday untuk Naqia… Terima kasih ibu..


Pangkat adik Naqia dah hilang kena rampas… Tapi Naqia dah naik Pangkat jadi Kakak..
Hari ni Jam 17:17 17 Ogos 2009 Naqia sah jadi Kakak… Naqia dapat adik Lelaki.. 3.51 kg dilahirkan secara operation di Hospital Putrajaya..
Moga Ibu & Adik cepat keluar dari Hospital…

Hari ni umur Naqia genap setahun..
Sekarang Naqia dah pandai berdiri sendiri dalam 10 saat. Menapak selangkah dua boleh lah..
Hari ni tak dapat pulak ambil gambar Naqia umur setahun.. CF Card camera cari tak jumpa..

Di Putrajaya Wetlands
Selepas Seminggu baru jumpa CF Card.. jumpa dalam Printer.. Ada lagi balance kek…

Adik kepada Ahmad Naqib Naqiuddin aku namakan Nur Ainun Naqia (Cahaya Mata Suci)

Wali?
Jumaat 11 Mei 2007 lepas jam 5.59 petang di Hospital Putrajaya anak ke-2 aku lahir. Kali ni perempuan. Tu yang jadi wali tu
Lahir 2.61 kg, Normal delivery. Awal 2 minggu lebih.. Kalau ikutkan due 27 Mei…
Alhamdulillah.. Moga Zuriat yg dikurniakan kepada ku menjadi anak yang soleh dan solehah…
amin..
