Jumaat – Ahad lepas abah ada Bengkel di Hotel Avillion Legacy Melaka.. Sepanjang abah berbengkel tu Naqia, Abang Naqib dan ibu berkampung je la di bilik hotel.
Ahad lepas check-out +- pukul 12.30 terus pergi ke Bandar Hilir. Lepas shopping belacan & cencaluk di Heritage gallery Dataran Pahlawan Melaka Megamall, kami semua berjalan² sekitar bandar.
Tengok orang main gasing, pergi A Farmosa, Pergi Istana Kesultanan Melaka, tengok Kereta Tunku Abd Rahman dan lain-lain tempat sekitar sampai pukul 4.00 petang.
Naqia hari ni puas berjalan kaki. Dalam Istana Melaka semua peti kaca tempat pameran Naqia berhenti jenguk. Berminat sungguh. Bila dah dekat tempat parking nak balik baru la Naqia dah tak larat nak berjalan dan minta ibu/abah dukung.