Malam ni malam ke-3 Naqia tanpa ibunya disisi dan ini adalah kali pertama.
Ibu berkursus BTN dari Khamis lepas hingga Isnin ni. Tempat kursus tak lah jauh mana. Hanya 5 minit saja dari rumah di Kem KIWA Sepang. Tapi tak boleh balik.
Naqia banyak menghabiskan masa-masa ketiadaan ibu untuk mengambil kesempatan suruh abahnya dukung sepanjang masa kecuali masa tidur dan masa Naqia “ngam” dengan abangnya untuk bermain… Peluang..
Esok ada sehari suntuk lagi untuk membuli abah…. heheheh…