“Dikapsulkan” bila nak main mainan

Sabtu lepas abah buat undang² baru…

Bila Naqia & abang Naqib nak main mainan² kami, kena main dalam bilik rumah tingkat bawah. Tak boleh main kat luar. Nak main dan sepah puas² kat bilik tu la.

kapsul_02

Bila dah puas main, semua mainan kena simpan dalam raga.

Sebelum ni kami main tak kira tempat. Dan tak kira tempat jugalah beraburan mainan² kami 🙂

kapsul_01

Akhir Cuti Sekolah – Baru Dapat Berjalan²

Ibu cuti sekolah dah lama..

Start cuti sekolah dulu ikut abah pergi Melaka. Lepas tu banyak habiskan masa kat rumah je sebab tak pergi boleh pergi ke mana-mana kecuali balik kampung Aidil Adha lepas. Lagi pun dapur rumah abah tengah renovate. 23 Disember lepas baru siap sepenuhnya. So aktiviti Naqia kat rumah main & gaduh dengan Abang Naqib & sama² menyepah rumah abah.. 🙂

rayahaji_01

Abah cuti dari 19 – 29 Disember 2008. Bila dapur dah siap baru boleh nak kemana-mana.

23 Disember 2008 Pak Hanif & Makcik Izzah balik haji. Embah Lanang & Embah Wedhok tidur rumah Naqia malam tu.

Esoknya lepas bawa embah pergi rumah Pak Hanif, terus bawa embah balik kampung.

Sampai Sabak Bernam, embah Lanang suruh berenti, nak beli sate. Sampai 50 cucuk embah beli. Katanya Muadz nak balik. Tapi apakan daya, hajat naqia nak jumpa Muadz lepas kelahirannya pun tak kesampaian. Muadz kena chickenpox. Berjangkit dari Umar. Naqia dalam kegelapan malam dalam kereta dah memproses sate embah 🙂

Esoknya Abah, Ibu, Abang Naqib dan Naqia pergi ke Bandar Universiti Tronoh, Seri Iskandar Perak. Pergi rumah sepupu Amar & Aisyah. Sebelum balik singgah di tasik Universiti Petronas (UTP) bagi makan Ikan dan singgah rumah kawan Abah di Bandar Seri Iskandar.

utp_01

Sabtu, balik semula ke Sepang. hari Ahad ibu dan Abah habiskan kerja-kerja mengemas rumah lepas renovate dapur. (Naqia dan abang Naqib tolong menyepah pulak heheh)

utp_02

Semalam, Isnin cuti Awal muharam, abah bawak jalan-jalan ke KLCC. Pergi ke Aquaria. Tengak macam-macam ikan ada, kecil besar, katak, tarantula, ular, iguana  pun ada dan macam² lagi..

aqua_01

Lepas tu solat di Masjid As-Syakirin KLCC Naqia & abang main-main di Taman KLCC sampai 6.15 petang.

naqia_klcc01

naqia_klcc02

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430 dan MASIHI 2009.

Jalan-jalan di Kota Melaka

Jumaat – Ahad lepas abah ada Bengkel di Hotel Avillion Legacy Melaka.. Sepanjang abah berbengkel tu Naqia, Abang Naqib dan ibu berkampung je la di bilik hotel.

Ahad lepas check-out +- pukul 12.30 terus pergi ke Bandar Hilir. Lepas shopping belacan & cencaluk di Heritage gallery Dataran Pahlawan Melaka Megamall, kami semua berjalan² sekitar bandar.

Tengok orang main gasing, pergi A Farmosa, Pergi Istana Kesultanan Melaka, tengok Kereta Tunku Abd Rahman dan lain-lain tempat sekitar sampai pukul 4.00 petang.


Naqia hari ni puas berjalan kaki. Dalam Istana Melaka semua peti kaca tempat pameran Naqia berhenti jenguk. Berminat sungguh. Bila dah dekat tempat parking nak balik baru la Naqia dah tak larat nak berjalan dan minta ibu/abah dukung.

Dah dua minggu Naqia tak duduk dengan abang Naqib

Dah 2 minggu Naqia tak duduk sekali dengan abang Naqib bila Abah & Ibu pergi kerja.

Sebelum cuti sekolah, naqia tinggal dengan pengasuh Makcik Ida. Tapi lepas cuti sekolah Naqia tak nak tinggal dengan Makcik Ida. naqia nak duduk Taska.  Abang Naqib pulak tak nak duduk Taska, tapi nak duduk dengan makcik Ida.

Sekarang ni Ibu & abah tengah cuba nak biasakan Naqia dengan makcik Ida.

Perkembangan terkini Naqia, sekarang ni Naqia dah ada 6 gigi. 4 atas & 2 bawah. Naqia dah laju berlari. Boleh nyanyi twinkle star (nada je la). Boleh panggil abah, abang, ibu (tapi panggil maakk) dan paling kerap Naqia cakap nak… nak..

Ini gambar Naqia dengan Ibu masa pergi kenduri rumah kawan abah di Presint 9, Putrajaya 9 Ogos lepas. Tengok bahu baju Naqia. Kotor kena darah. Sebab jatuh dalam kereta masa nak ambik Ibu kat sekolah. Naqia panjat² dahi kiri luka kena besi kaki kerusi kereta.

Naqia Dengan Pengasuh Baru

Hari ni Naqia duduk dengan pengasuh baru. Satu lorong je dengan rumah Naqia. Mula² hantar Naqia nangis le juga. Tapi sebab makcik tu ada anak kecik (Sekolah rendah) Naqia ok la lepas tu.
Lepas cuti sekolah ni Naqia terus dijaga makcik tu la waktu ibu & abah kerja. Tak duduk kat Taska dah. Taska dah ramai sangat. Naqia tak terjaga.

Petang ni Naqia nak balik rumah Embah… Lepas tu Ahad balik rumah Tok Wan pulak.

1st Time Malam² Tanpa Ibu

Malam ni malam ke-3 Naqia tanpa ibunya disisi dan ini adalah kali pertama.

Ibu berkursus BTN dari Khamis lepas hingga Isnin ni. Tempat kursus tak lah jauh mana. Hanya 5 minit saja dari rumah di Kem KIWA Sepang. Tapi tak boleh balik.

Naqia banyak menghabiskan masa-masa ketiadaan ibu untuk mengambil kesempatan suruh abahnya dukung sepanjang masa kecuali masa tidur dan masa Naqia “ngam” dengan abangnya untuk bermain… Peluang.. 😉

Esok ada sehari suntuk lagi untuk membuli abah…. heheheh…

Genap Setahun Umur Naqia

Hari ni umur Naqia genap setahun..

Sekarang Naqia dah pandai berdiri sendiri dalam 10 saat. Menapak selangkah dua boleh lah..

Hari ni tak dapat pulak ambil gambar Naqia umur setahun.. CF Card camera cari tak jumpa..

Di Putrajaya Wetlands

Selepas Seminggu baru jumpa CF Card.. jumpa dalam Printer.. Ada lagi balance kek…